Selasa, 14 Ogos 2012

Kisah Tentera yang dihina kerana mempercayai adanya ALLAH...


Seorang Kapten yang berkepercayaan atheist mahu menguji pemuda ini dalam usaha memalukan beliau kepada kalangan tentera yang lain...kapten tersebut memanggil beliau utk mengambil kunci Jeep askar untuk dialihkan kedudukan Jeep tersebut ke tempat yang disediakan....

Jawab pemuda itu : saya tidak boleh memandu kapten.


Kerana beliau tidak mempunyai kemahiran dalam memandu Jeep yg canggih tersebut...

Kapten tersebut berkata : kamu mintalah pada tuhan kamu dan tunjukkan bahawa tuhan kamu itu berkuasa atau tidak...

Lalu pemuda itu mengambil kunci tersebut dan berdoa kepada ALLAH s.w.t, ketika beliau sedang berjalan menghampiri Jeep tersebut...dengan penuh berhati-hati beliau mengerakkan JEEP tersebut ke tempat asalnya...
 
Lalu beliau mematikan enjin Jeep tersebut...pemuda itu keluar dari Jeep tersebut degan perasaan teruja kerana pertama kali beliau memandu Jeep secanggih itu walaupun hanya beberapa meter sahaja pergerakan yang dilakukan...
 
Sekeluar sahaja dari Jeep tersebut, kelihatan Kapten dan tentera yang lain menangis kesemuanya...

lalu mereka semua berkata "KAMI MAHU BERIBADAH KEPADA TUHAN KAMU!!" kata tentera2 yg lain...
 
pemuda tersebut berasa hairan...lalu Kapten yg menyuruh pemuda itu mengalihkan Jeep tersebut membuka hud Jeep tersebut dan menunjukkan kepada pemuda itu bahawa Jeep tersebut TIDAK mempunyai enjin....
MAHA SUCI ALLAH YANG MAHA ESA LAGI BERKUASA...

Melutut pemuda tersebut bersama tentera yg lain bersujud kepada ALLAH S.W.T...PEMUDA ITU BERKATA : Tuhan yang memberikan kehidupan kepada apa yang tidak wujud...

Anda mungkin fikir ada perkara yang masih mustahil tapi pada Allah apa sahaja boleh berlaku ...
 
Jangan lupa untuk klik SHARE sebagai saham kita di akhirat kelak...
inshaallah...wallahualam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan