Rasulullah s.a.w
ceritakan pengalaman saksi balasan dahsyat ketika isra' mi'raj,
Ali
berkata: "Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah SAW. Kami
dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang
menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?
Baginda SAW menjawab:
"Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan
dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan
azab yang diterima mereka."
Ali bertanya: "Apakah yang ayahanda lihat
di sana?
Rasulullah SAW menjawab: "Aku lihat ada perempuan digantung
rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung
lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair di-curah ke dalam
halkumnya (tekak). "Aku lihat perempuan yang digantung kedua kakinya
terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, disuakan ular dan
kalajengking. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di
bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan
memakan tali perutnya sendiri.
"Aku lihat perempuan yang telinga pekak
dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api
neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana
penyakit kusta dan sopak. "Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti
babi, badannya seperti himar berbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku
lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kalajengking dan ular masuk
ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya
dengan corong api neraka.
Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya:
"Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada ananda, apakah kesalahan
yang dilakukan oleh perempuan itu?
Rasulullah menjawab: "Fatimah,
adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak
menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya
ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti
hati suaminya.
"Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang
menyusukan anak orang lain tanpa suaminya. Perempuan kedua kakinya
tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin
suaminya. "Perempuan tidak mau mandi setelah haid nan nifas ialah
perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk
lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang.
"Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain. "Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kalajengking kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah. "Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.
"Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain. "Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kalajengking kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah. "Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.
Seterusnya Rasulullah
SAW bersabda yang bermaksud:
"Perempuan yang menyakit hati suami dengan
lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70
hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya."
Abu Bakar as-Sidik
mengatakan, aku dengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan
dilaknat dan kemurkaan Allah.
Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Aku berdiri di atas syurga,
kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya
tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli
neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas
pintu neraka, ku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah
perempuan."
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Aku lihat api
neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada
pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka
adalah perempuan."
Rasulullah SAW ditanya, mengapa ya Rasulullah?
Baginda SAW menjawab: "Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan
ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia
belum berpuas hati dan cukup"
Wallahulam...
Selamat Beramal...Sebarkan ya..Tq
Assalamu'alaikum. Terima kasih kerana perkongsiannya, akhi/ukhti. Saya bagaimanapun ada satu persoalan:
BalasPadam"Bagaimana pula mereka yang memakai contact lens/ kanta lekap berwarna dan memakai secalit sahaja mekap (bercelak, lip gloss)?" Adakah ini masih dikira konsep tabarruj yang berhias secara berlebih-lebihan?
Harap pertanyaan saya dijawab. Wassalam. :) Terima kasih.