6 perkara Allah sembunyikan ....
''Menangis
saya bila baca , meremang bulu roma :') Ya Allah SWT kau ampunilah dosa dosa
walau sekecil dan sebesar mana pun ia''
6 perkara Allah sembunyikan .....
Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk
yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang ,
sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000
sayap). Setelah itu
Jibrail as memandang dirinya sendiri danberkata:
'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang
lebih baik daripada aku?.'
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat
kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT
berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah
yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku
seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir
zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang
paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan
sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya
sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran
mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi
kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai
dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan
kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'
Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang
Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'
Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. 'Ya Jibrail, akan
Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'
Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk
melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka
pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia
mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun,
terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan
lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon
dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan
setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai
Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan
kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang
seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada
sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad
terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan...
Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam
maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha
Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di
dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling
utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya)
hari kiamat di dalam semua hari.
#Wahai rakan rakan ku yg dikasihi sekalian, sebarlah
ilmu ini, agar semua kwn kwn kita diluar sana kembali ke pangkal jalan, ikut
islam sebenar benarnya, sesiapa yang mengajak kebaikkan, pahala seseorang yang
diajak kebaikkan itu dapat padanya tanpa dikurangkan sedikitpun. inshaAllah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan