Khamis, 6 September 2012

Betapa Mulianya Rasulullah..



“Kecintaan kepada RASULULLAH akan menyelamatkan kita di hari akhirat.”

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●

اللَّهُـمّ صَــــــلٌ علَےَ مُحمَّــــــــدْ و علَےَ آل مُحمَّــــــــدْ
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●


" Allahumma Solli Ala Muhammad,Wa Ala Ali Muhammad"
.
 
 
Kalau ada pakaian yang robek, Rasulullah
menambalnya sendiri tanpa perlu menyuruh
isterinya. Beliau juga memeras susu kambing
untuk keperluan keluarga maupun untuk dijual.
Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada
makanan yang sudah siap di masak untuk
dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing
lengan bajunya untuk membantu isterinya di
dapur.
Sayidatina ‘Aisyah menceritakan “Kalau Nabi berada
di rumah, beliau selalu membantu urusan
rumahtangga. Jika mendengar azan, beliau cepat-
cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula
kembali sesudah selesai sholat.”
Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah
baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya
tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang
mentah pun tidak ada karena Sayidatina ‘Aisyah
belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, “Belum ada
sarapan ya Khumaira?” (Khumaira adalah panggilan
mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang berarti
‘Wahai yang kemerah-merahan’)
‘Aisyah menjawab dengan agak serba salah,
“Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.” Rasulullah
lantas berkata, “Jika begitu aku puasa saja hari ini.”
tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.
Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat
seorang suami memukul isterinya. Rasulullah
menegur, “Mengapa engkau memukul isterimu?”
Lantas dijawab dengan agak gementar, “Isteriku
sangat keras kepala. Sudah diberi nasehat dia tetap
degil, jadi aku pukul dia.”
“Aku tidak bertanya alasanmu,” sahut Nabi s.a.w.
“Aku menanyakan mengapa engkau memukul
teman tidurmu dan ibu bagi anak-anakmu?”
Pernah baginda bersabda, “sebaik-baik lelaki adalah
yang paling baik dan lemah lembut terhadap
isterinya.”
Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam
menjadi kepala keluarga tidak menampakkan
kedudukannya sebagai pemimpin umat.
Pada suatu ketika baginda menjadi imam sholat.
Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda
antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat
sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi
menggeretak seolah-olah sendi-sendi pada tubuh
baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama
lain.
Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan
baginda itu langsung bertanya setelah selesai
bersembahyang, “Ya Rasulullah, kami melihat
seolah-olah baginda menanggung penderitaan
yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?”
“Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sehat dan
segar.”
“Ya Rasulullah… mengapa setiap kali tuan
menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-
olah sendi bergeser di tubuh tuan? Kami yakin
engkau sedang sakit…” desak Umar penuh cemas.
Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para
sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis,
kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil,
buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah
yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali
bergerak tubuh baginda.
“Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar
dan tidak punya makanan, kami tidak akan
mendapatkannya buat tuan?”
Lalu baginda menjawab dengan lembut, “Tidak
para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau
korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku
jawab di hadapan ALLAH nati, apabila aku sebagai
pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?”
“Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku,
agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di
dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di
Akhirat kelak.”
Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun
makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis,
miskin dan kotor.
Baginda hanya diam dan bersabar ketika kain
rida’nya ditarik dengan kasar oleh seorang Arab
Baduwi hingga berbekas merah di lehernya.
Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda
membasuh tempat yang dikencing si Baduwi di
dalam masjid sebelum menegur dengan lembut
perbuatan itu.
Mengenang pribadi yang amat halus ini, timbul
persoalan dalam diri kita… adakah lagi bayangan
pribadi baginda Rasulullah s.a.w. hari ini?
Apakah rahasia yang menjadikan jiwa dan akhlak
baginda begitu indah? Apakah yang menjadi
rahasia kehalusan akhlaknya hingga sangat
memikat dan menjadikan mereka begitu tinggi
kecintaan padanya.
Apakah kunci kehebatan peribadi baginda yang
bukan saja sangat bahagia kehidupannya
walaupun di dalam kesusahan dan penderitaan,
bahkan mampu pula membahagiakan orang lain
tatkala di dalam derita. Kecintaannya yang tinggi
terhadap ALLAH swt
dan rasa kehambaan yang sudah menyatu dalam
diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa
ketuanan.
Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH tidak
dijadikan sebab untuk merasa lebih dari yang lain,
ketika di depan umum maupun dalam kesendirian.
Ketika pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya
untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-
waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah
hingga pernah baginda terjatuh lantaran kakinya
sudah bengkak-bengkak. Fisiklnya sudah tidak
mampu menanggung kemauan jiwanya yang
tinggi. ketika ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah, “Ya
Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin masuk
Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah
begini?”
Jawab baginda dengan lunak, “Ya ‘Aisyah,
bukankah aku ini hanyalah seorang hamba?
Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya
yang bersyukur.”
Subhanallah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan