Subhanallah! Bayi Hidup Walaupun Dalam Lumpur...!!
Seorang bayi ditemui dalam sebuah lubang yang berlumpur ketika banjir
melanda di kawasan tersebut. Apa yang luar biasanya, bayi tersebut baru
sahaja dilahirkan oleh ibunya, namun tiada siapa yang tahu siapa yang
menyambut kelahiran itu. Ceritanya bermula daripada bencana banjir besar yang terjadi di Bangladesh yang telah menggelamkan seorang wanita hamil yang hampir melahirkan anak. Wanita tersebut telah dihanyutkan oleh air banjir dan terkubur di dalam tompokan lumpur.
Difahamkan, selepas beberapa hari pencarian, suatu keajaiban
terjadi di mana perempuan hamil yang telah mati dan terkubur dalam
lumpur tu, telah melahirkan bayinya yang menyembul di atas permukaan
lumpur tanpa diketahui atas bantuan siapa. Bayi tersebut selamat walaupun sempat beberapa hari berada di dalam rahim ibunya yang sudah mati di dalam lumpur (Maha Suci Allah). Berikut merupakan gambar-gambar bayi tersebut semasa dijumpai.
Subhanallah! Sukar dikatakan bagaimana bayi sekecil ini mampu
hidup di dalam lumpur walau seketika. Tiada siapa yang mengetahui
bagaimana bayi ini disambut. Jika ibunya masih hidup lagi, sudah pasti
dia akan gembira bahawa anaknya masih lagi hidup dalam keadaan normal. Sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan