Sabtu, 25 Ogos 2012

Petua Ibu Bersalin Hilangkan Luka Akibat Jahitan



1. Bagi ibu yang baharu melahirkan anak biasanya mengalami rasa sakit atau pedih ketika membuang air kecil. Ketika membuang air kecil, sediakan air suam secukupnya. Tuang air suam pada tempat berkenaan serentak dengan keluarnya air kencing.

2. Manakala untuk memulihkan segera luka jahitan, rebus daun dan kulit pokok tanjung secukupnya. Gunakan air tersebut untuk membasuh tempat luka.

3. Amalkan madu lebah (asli sahaja). Di samping meminumnya, ambil madu lebah dan sapukan pada lampin/pad wanita dan pakai seperti biasa. Lakukan pada setiap kali menukarnya. Dalam masa 2 hingga 3 minggu sahaja boleh sembuh sepenuhnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan